Assalamualaikum ,
Tittle harini adalah berkenaan hafal al Quran dengan mudah .
Aku bersusah payah cari kat Abang Google . Dan akhirnya aku jumpe 2 Blog . Dan caranya same . So aku rase mungkin berkesan . Maybe ?
Okay Takpe . Try dulu .
1.DOA PEMBUKA
--- > Doa adalah perkara utama yang wajib dilakukan seorang penghafaz
al-quran,sebabnya kita sedang berbicara dengan kalam ALLAH.Berdoalah
walaupun dengan hanya al-fatihah...tapi di sini ana kongsikan doa
hafazan yang khusus...Sebagai pembuka..:
( i ) istighfar (7x)
( ii )selawat ke atas baginda rasulullah (7x)
(iii)inna nahnu nazzalna.......(surah al-hijr-ayat 9) (7x)
(iv) al-fatihah
2.MULA DENGAN MEMBACA SATU LEMBARAN.
--- > Baca secara berulang-ulang.Baca,bukan menghafal....Banyak
hikmahnya,selain daripada kaedah mudah mengingat,ia juga merupakan fokus
utama untuk mengelak kesalahan tajwid disamping memudahkan kita
mengingat kedudukan ayat apabila kita mula menghafal nanti...kadar
bacaan yang diperlukan adalah 20 kali dan ke atas..Pastikan tidak kurang
daripada 20 kali..Ulangan peringatan,hanya membaca iaitu dengan
meneliti ayat,kalimah dan baris.Permulaannya nampak susah,tapi sesiapa
yang mencuba insyaALLAH senang.WALLAHUA'LAM
3.MULA DENGAN MENGHAFAL SATU LEMBARAN.
--- > Bermula dengan langkah menghafal ayat pertama.Ulang ayat
tersebut sebanyak 20 dan lebih.Kalau dah boleh,teruskan dengan menghafal
ayat kedua,juga dengan cara yang sama iaitu mengulang sebanyak 20 kali
dan lebih.Kemudian ulang menghafal ayat pertama dan disambung dengan
ayat kedua(tanpa melihat mushaf).Kemudian sambung hafalan dengan ayat
ketiga,ulang 20 kali dan lebih.Mula semuala hafalan daripada ayat
pertama hingga ayat ketiga hingga lancar sambungan dari ayat ke
ayat..Sama dengan ayat seterusnya....WALLAHUA'LAM.
4.SESUDAH MENGHAFAL SATU LEMBARAN.
--- >Sebaik habis menghafal dari atas hingga ke bawah,ulang semula
menghafal satu lembaran tanpa melihat alquran.Ulang dan ulang dan
pastikan hafalan tersebut lancar.Pastikan kepala ayat dan ayat paling
bawah kekal diutamakan mengingat supaya tidak keliru jika berpindah ke
lembaran seterusnya...
5.DOA PENUTUP
--- > Sebagai penutup kepada hafalan baru ada doanya yang khusus.Doa
penutup kepada hafalan al-quran banyak tapi antara yang paling senang
adalah dengan membaca "allahummar hamna bil quran,waj'al hulana imaman
wa nuuran wa hudan wa rahmah........doa ini insyaALLAH memang lazim
didengar dalam bentuk lagu ketika berakhirnya majlis-majlis alquran,cari
di google insyaALLAH jumpa..WALLAHUA'LAM.
6.TASMIK.
--- > Pelajar yang memang menghafal al-quran tasmik dengan guru
pentasmik masing-masing,lazimnya masa tasmik adalah waktu pagi bagi
penghafaz-penghafaz al-quran.Bagi yang bukan penghafaz al-quran,anda
sudah tentu mempunyai kekangan masa disebabkan kerja lain..Oleh itu,ana
sarankan cari waktu yang sedikit lapang sekitar 1-3 jam untuk memulakan
hafalan anda.Waktu terbaik adalah sebelum masuk waktu subuh dan waktu
malam selepas mghrib dan selepas isyak.Kemudian cari sesiapa saja yang
anda rasa berkebolehan dalam tajwid bagi memperdengarkan hafalan
anda.Apabila menghafal,kita wajib mentasmik hafalan kita kerana ini
adalah satu kewajipan dalam menghafal al-quran sebagai bukti kita ingat
ayat tersebut walaupun ada orang lain sedang mendengar.
Dan satu lagi , Waktu yang mudah otak kita dapat adalah time :
Sebelum Subuh
Selepas Maghrib
Selepas Isya
Sebelum Berbuka
Kadang kadang , Orang yang hafal ni , Dia senang hafal kat tempat takde orang . Tapi sebenarnya , Tempat yang ramai orang baca Quran lagi senang hafal .
Moga moga post kali ni memberi manfaat .
Jangan lupe praktikkan
Kahfi jomm
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment